Sunday, 18 June 2017

Dear umi, today is father's day.

Dear umi,
Since you are gone, abah had replaced you taking care of me and he always say that he love me everytime i say i love him. He always cheer me up whenever i fall or failed in my exam. He always told me that life wasn't easy but every hard time have their own rewards.

Dear umi,
I want you to know that i am thinking of you every bit every second of my life. Even now also. I just ended my call with abah just now for wishing him happy fathers day. Its so touched to hear that he is so appreciate me even just a simple wish. Im so lucky for having you both in my life.

Dear umi,
Even right now you are not with us, but i still can feel your warm hug and your lovely kiss at my forehead. It feels like you are by my side right now. Only Allah knows how damn much i miss you. Everytime i saw abah, there's you too in him. I always see you in abah. Everytime.

Dear umi,
Abah taught me a lot bout life. He always having a heart-to-heart-talk with me. He is very soft spoken kind of person. He never dissapointed me like others do. Thanks God for made him like that.

Dear umi,
Raya Aidilfitri is just around a corner. How i miss to celebrate raya with you. You will be the busiest woman ever at hari raya's morning. Waking me up and ask me for get ready with my new baju kurung. And every year, you and abah will say ''dah besar dah anak dara kita ni kan bang?'' And that dialogue still fresh in my mind. 😭😭😭

Dear umi,
For sure i will cry everytime i miss you. But i want you to know that my tears can makes me stronger. Its a relief now after 'telling' you all this. I love you and abah untill the day i die. I promise you i will take care of abah. He is getting old and that makes me realize that the times ticking so fast. Im really really miss you umi.

For whoever read this post,
Please pray for my umi and may Allah grants His heaven for umi. Aamiinnnn.
Alfatihah buat Allahyarhamah Salmiah binti Adi.
Semoga rohnya dicucuri rahmat.

Love,
Aisyahmahirah.

Thursday, 15 June 2017

Malam ini tiada aku

Kesepian malam ini mengajakku agar turut sepertinya
Membuatku lupa bahawa aku bukan begini sikapnya
Aku mungkin terlihat riang penuh canda
Tidak mustahil di malam hari akulah yang paling diam sepi seribu bahasa tiada kata orangnya.

Sepertinya aku ini terbiasa sendiri
Bermain emosi yang entah apa - apa
Menulis nota - nota sampah tiada erti
Mengarang puisi juga tidak sehebat pablo neruda.

Andai malam ini tiada aku.
Tiada juga mimpi tentang kamu.

Love,
Aisyahmahirah.

Sunday, 4 June 2017

Jika hari ini tiada esok

Jika hari ini tiada esok,
Biarkan memori ini tetap di hati
Tersimpan rapi di sanubari.

Jika hari ini tiada esok,
Kamu dan aku akan terus begini
Terus menyayangi kerana ilahi.

Jika hari ini tiada esok,
Jaga diri kamu
Jaga maruah serta peribadi kamu
Kerna aku juga turut begitu.

Jika hari ini tiada esok,
Kamu itu tetap ku ingati
Keikhlasanmu
Senyummu bakal ku rindukan.

Jika esok tiada untukku,
Maafkan aku separuh jiwaku
Aku selamanya sahabatmu
Mencuba terus bersama kamu
Mencuba mengukir senyummu
Gelak tawa yang sering membuatku bahagia.

Love,
Ecah❤

P/s : I dedicate this poem to my best friend, nuruljannah. Stay pretty and saranghaeyo chinggu 💯

Monday, 8 May 2017

Murung

Awan itu pantas berlalu pergi
Hitam mendung kemurungan
Sepertinya marah
Langsung terusan bergerak
Tiada hujungnya.

Anak kecil itu tiada mengerti
Akan kelibat hitam segerombolan awan
Datang hampir dekat di atas kepalanya
Dia kebingungan
Langsung membiarkan.

Begitulah seterusnya
Ada air mengalir akhirnya
Deras di pipi anak kecil itu
Langsung dia mengerti hukum alam
Bila mana hari akan hujan bila mendung menjelma.

Love,
Aisyah.

Sunday, 7 May 2017

Hujan

Titis - titis kecil itu ku perhati
sehingga kini berterusan dari tadi.
Mengasyikkan sehingga terleka.
Menyejukkan dari kepanasan
dan membasahi tiap - tiap permukaan yang ada.
Membuatkan burung pulang ke sarang
manakala manusia lain terus pulang.
Tapi bukan aku
kerana aku terus di situ.
Menghayati setiap titisan yang singgah di wajah
kerana mungkin ini barangkali titisan terakhir buatku.
Tiada lagi untuk esok
lusa
hingga ke akhirnya.

Love,
Aisyah.

Friday, 5 May 2017

Flower that never withers.


''… adik satu-satunya anak perempuan yang umi ada…''

Kata – kata itu selalu bermain di fikiran setiap detik terkenangkan arwah umi yang telah lama pergi meninggalkan aku. Tapi, sehingga hari ini aku masih merasakan umi setia menungguku di hadapan pintu setiap kali aku dapat pulang bercuti. Umi adalah kakak sulung kepada ibu kandungku. Walaupun dia hanya seorang ibu saudara, kasih sayang dia pada aku tak pernah berbeza dengan anak kandung dia sendiri malah berlebih. Aku sedar aku sangat dimanjakan oleh abah dan umi. Segala apa kemahuanku dipenuhi selagi terdaya. Allahu. Terlalu banyak aku menyusahkan orang.
Terlalu banyak untuk diluahkan. Rasa sedih itu terasa sehingga detik ini dimana hari terakhir umi berada di dunia.


19 Oktober 2013 – SM Teknik Kuantan.

Susah betul nak pejamkan mata malam ni. Rasa seperti ada sesuatu. Tapi aku abaikan dan terus pejamkan mata kerana esok ada kelas. Hampir – hampir aku terlena, warden asrama datang jumpa aku dan minta aku bersabar kerana dia telah mendapat panggilan telefon dari ibuku yang mengatakan mak cikku telah meninggal dunia. Pada mulanya, aku tidak mengerti kerana separa sedar tapi abila aku termenung semula, baru aku sedar yang umiku telah tiada dan tidak semena – mena aku mengalirkan air mata yang tiada henti. Lantas aku segera siap dan pulang ke kampung halamanku, Felda Lurah Bilut.


Subuh - Felda Lurah Bilut.

Aku selamat sampai di kampung dimana aku perlu kuat untuk hadapi realiti yang beribu kali cuba untu dinafi.
Wajah itu, sangat aku kenali dan terlalu aku sayangi. Ku cium lalu ku peluk sepenuh hati.
Tubuh kaku itu, dahulunya memelukku dengan penuh erat dan kasih sayang tetapi kini kaku terbaring di situ. Tiada lagi pelukan itu. Tiada lagi bayang – bayang mengikutinya.
Tangan itu, tiada terbuka lagi untuk menerima pelukanku. Tangan itu tidak akan menyuapkan makanan ke mulutku lagi dan tangan itu tidak akan pernah menyentuh pipiku apatah lagi mengusap tangisku.
Aku menatap sayu wajah itu. Ada garis senyuman di akhir kehidupanmu wahai umi. Semoga syurga milik umi. Luruh hatiku disaat itu. Kesedihan yang terlampau sehingga tiada kata – kata yang terpacul dari mulutku.  
Suasana hari itu hening  sekali. Aku seperti bermimpi yang tiada terjaga. Semuanya diam. Bisu. Kicauan burung tidak lagi merdu. Aku hanya mampu duduk di sisi umi sambil sedekahkan segala yang aku mampu untuknya. Tidak tahu untuk kali ke berapa harus aku ulang bacaan ayat suci itu sehingga akhirnya aku terlena di sisi umi tanpa menghiraukan yang lainnya. Tiba – tiba aku terjaga apabila ibuku mengejutku agar aku melepaskan pelukanku terhadap umi kerana yang lainnya mahu menyempurnakan fardhu kifayah itu. Mulai saat itu aku sedar bahawa semua ini bukanlah mimpi tetapi realiti yang telah terjadi. Allahu Akbar. Tabahkan aku ya Allah.
Kata abah, umi ada meminta agar menyegerakan segalanya dan alhamdulillah kerana semuanya berjalan lancar. Semuanya selesai sebelum solat zohor seperti yang diminta.


Hari ini – Bentong.

Untuk kesekian kali aku mengadu pada Dia yang maha mengetahui isi hati ini. Rindu yang begitu utuh tidak terungkap lagi. Kini, abah menetap bersama along. Abah begitu kesepian tanpa kehadiran umi untuk mewarnai hari – harinya.

Umi, terima kasih kerana selalu datang menemani adik. Adik gembira sangat melihat keadaan umi setiap kali umi datang tengok adik. Sentiasa senyum.
Umi, kalaulah umi masih di sini bersama keluarga kita yang lain, adik nak sangat tahu apa yang umi akan cakap kat adik. Adik ada banyak sangat cerita nak share dengan umi.
Umi, tunggu adik kat sana okay??
Umi, adik rindukan umi. Sangat – sangat!!


Umi,
Senyummu indah sekali
Tetapi sayangnya, sudah lama tiada ku lihat.

Umi,
Kasihmu kepadaku tiada bertepi
Dari dahulu sehingga kini
Begitu juga rasa sayangku kepadamu
Tiada yang berubah sekalipun air bah mahupun pantai berubah.

Umi,
Rasaku kini adalah merinduimu
Setiap saat dan detik dapat ku rasakan hadirmu bersamaku
Menemaniku selalu.
Semoga syurga milikmu,
Wahai isteri solehah, ibu mithali.
Pengorbananmu kan ku bawa hingga mati. 

Sekian saja warkah buatmu yang telah tiada.
Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh Allahyarhamah Salmiah binti Adi. Alfatihah.

Love,
Aisyah.

Sunday, 30 April 2017

Teruslah di sini

Semoga hari esok lebih cerah bahagia gembira
Senyum lebar terukir indah
Ketawa berderai berdekah
Hilangnya sunyi bertambah ketawa.

Katanya dia aku berhak gembira
Katanya dia lagi aku ini baik orangnya
Cuma terkadang bodoh alpa
Degil seperti keras batu dalam kepala.

Ku katakan padanya aku bersyukur
Diberi dia yang setia ada di sini
Bersamaku di waktu sunyi tiada hilai tawa
Bersamaku di waktu tiada beza hujan dan air mata.

Ku mahu katakan aku menyayangimu
Ku mahu katakan teruslah di sini bersamaku
Kerana aku tiada utuh berdiri sendiri
Tanpa senyummu yang mewarnai hariku.

Love,
Aisyah.

Thank you for a million times.

You know what? Aku ni di kira degil level 999 lah jugak. Tapi aku tak tahu kebaikan apa yang aku dah buat sampai aku dapat member macam dia. The most understanding friend that i love the most. Baru-baru ni aku ada la buat hal tapi benda tu dia dah pernah nasihat aku tak tahu la untuk kali ke berapa juta but yaaa you know me.. stubborn person evah ! And aku betul-betul menyesal. And i promise her that i will nver do that again. If you are reading this, i promise you that i will nver be a stupid person dah lps ni.
 I cant imagine duh kalau org lain msty dyorg be like 'lantak kau lah.' But not her. She believe that i need some space and i will tell her the truth when im ready and she will wait dan tak pernah memaksa. Babe, I really love our friendship !!!
Aku ni member tak guna duh. Aku tahu bila aku buat mcm tu aku rasa aku betrayed kau tp sumpah takde niat. Aku tahu aku salah and aku betul-betul minta maaf. I dont mean that.
I know, sorry was never enough but i really mean what i say to you.

Little do you know,
How i want to make sure your happiness more than mine ? Bcs you are too kind and i know tht you love me untill i makes your heart break with my stubborn silly mistakes. Saranghae chinggu and my happiness is whenever see your face full of smiles.

Little do you know,
How much grateful am i for having you.

Little do you know,
I dont want to be far away from ya. Sometimes, i hope tht you are really my sibling that always advised me for what should i do .. teach me how to think like the matured person and banyak lagi and terlalu banyak.

Little do you know,
I honestly dont know what to do without you by my side.

Little do you know,
There are lots of thank you that i want to say to you.

Thank you..
For forgiving me for every time i haven't been the best friend in the entire world.

Thank you..
For being there for me when I call you and need someone to just listen. It doesn’t matter where we are in this world or in our lives, I know you will always pick up.

Thank you..
For the late-night conversations and respecting my values and opinions, even if you disagree. You will say it in a good way.

Thank you..
For always making time for me, no matter how far away you are and always being strong when I am weak.

Thank you..
For loving me, accept me as your friend for who i am and really thanks to you for sharing your life with me.

Lots of thanks and it will nver enough untill the day i die. Thanks for always be there. I love you more than you think duh !!

Love,
Ecah.

Sunday, 23 April 2017

Berikan waktu

Mengharap dalam diam itu sakit
Menanti yang tidak pasti lebih menyeksakan
Setiap nafas yang dihela terasa sesak
Dan amat berat.

Berikan ku waktu
Untuk memadam semuanya tentang kamu
Agar dua antara kita terus gembira
Tanpa ada sengketa.

Aku juga tahu 
kamu bahagia tanpa aku
Oleh itu kamu juga perlu
Mmemadamkan segalanya tentang aku
Agar kamu juga bahagia
Tanpa ada sakitnya jiwa.

Love,
Aisyah.

Wednesday, 19 April 2017

Sakit

Terus kesakitan tanpa terlihat luka
Berdarah tanpa pekatnya merah
Sakit benci tiada hati
Saat terlihat dia
Senyum di sisi kamu
Terlihat gembira

Dan aku
Hanya diam sepi duduk di situ
Melihat sketsa pendek itu
Di ruang-ruang lohong kekosongan hati
Pura-pura tiada rasa
Pura-pura perasaan tiada.

Love,
Aisyah.

Monday, 17 April 2017

Waktu aku

Aku hanyalah aku
Penulisanku tidak sehebat yang lainnya
Bak kata orang ''cincai-cincai saja''

Hari ini akan jadi semalam
Ku biarkan luka ini terus padam
Esok akan jadi hari ini
Ku pinta agar semua ini tiada lagi diiingati

Hidup ini sungguh mengujakan
Kadangkala tiada terduga apa selepasnya
Tiada terhitung berapa lama lagi ku punya waktu untuk bernafas di bumiMu
Sehingga sampai detik itu
Aku harus pulang kepadaMu
Meninggalkan yang lainnya.

Love,
Cakmir.

Sunday, 16 April 2017

Mainan emosi

Pasir itu ku genggam lalu ku buang
Ku ambil dan ku buang lagi
Untuk sekian kalinya aku terasa sakit
Bermain emosi yang tah apa-apa
Mainan perasaan jiwa muda ternoda
Oleh hanya kerana sebelah lagi jiwa
Juga muda yang tidak tahu siapa tuannya.

Love,
Aisyah.

Saturday, 15 April 2017

Sudahlah

Nukilanku tiada bernada
Bermadah indah jauh sekali
Hanya yang ada
Rasa jiwa gusar hati sendiri
Yang dapat ku lihat di celah-celah pohon
Saat terbias terik mentari.

Rasaku pada kamu
Jauh tiada penghujung
Janji semalam yang dimenterai
Sudah ku hancurkan pada pandangn kamu
Tidak sama sekali aku begitu
Kerana sayang itu utuh
Tiada berbahagi.

Kubiarkan titis hujan laju menuruni pipi
Disaat kedengaran guruh membelah sepi
Sepi aku sendiri tiada henti
Ku rela sepi dari adanya kehadiran kamu
Tiada apa diisi
Hanya menambah hirisan sakit
Tiada kepalang.

Bukan mudah mencintai
Sepenuh hati jiwa raga
Apatah lagi mahu membuang kasih
Sekian lama tiada terduga.

Sekian sahaja
Tulisan tanganku
Buat kamu
Yang tidak pernah memahami
Setiap apa yang ku tuju.

Love,
Aisyah.

Lelah

Angin membawa perasaan
Terbang jauh melayang
Lari dan hilang dari sini

Ini bukan tempatku
Diri ini adalah orang lain
Memainkan watak lakon yang sama

Tiada hati tapi masih kecewa
Memori semalam masih segar
Bermain di minda menguasai akal
Meneborosi jiwa usangnya

Sakit dan berterusan begitu
Tiada henti
Tiada medikasi

Ku biarkan hari-hari pergi tanpa senyum
Ku biarkan siangku kelam
Malam ku terus diam

Tiada mimpi indah hari ini
Bisikku sendiri
Dan terus berlalu
Tiada toleh lagi.

Love,
Aisyahmahirah.

Thursday, 13 April 2017

Gundah

Tiada ketawa malam ini
Kelam alam sunyi
Meratapi kehilangan bulan
Disaat sunyi tiada teman
Tiada cahaya yang mengintai
Disegenap ruang-ruang kosong di kamarku
Berbisik sendiri dikala duka
Menangis lara segenap jiwa kecewa
Meratap tiada tangis
Ketawa tiada suara
Hanya nyanyian jiwa menyembuh luka
Dikala kau sudah lagi tiada
Menemaniku
Di tiap malam- malam sunyi
Yang sepi tiada hati.

Nukilan ini buat kamu.
Sebagai pengganti
Andai kamu juga sunyi
Sama seperti
Diri ini.

Love,
Aisyah.

Saturday, 8 April 2017

Jannah

Senyum kamu itu syurga
Sesuai dengan empunya nama
Indah ..
Berseri ..

Wajah kamu itu anugerah
Tapi bagiku
Kamu melebihi semuanya
Kerana
Kamu adalah anugerah terindah buatku
Untuk menghiasi hari-hariku

Senyuman dan wajah
Seelok budi bicara
Menjaga hati
Setiap yang ditemui

24 jam bersamaku
Mengalahkan 7 eleven yang buka tiada hujung waktu
Itulah aku dan kamu

Semoga berbahagia selalu
Nama kamu itu wajib diselit di setiap doaku
Semoga menjadi wanita solehah
Bidadari dunia hingga jannah

Ukhwah itu indah
Apabila bertemu dan berpisah keranaNya

Love,
Ecah ❤


Untuk terakhir kali

Untuk kesekian kali
Hati ini makin sakit
Terbuai irama yang bukan kesukaanku
Bukan kegemaranku

Nyanyian rindu itu semakin pudar
Sudah tiada lagi harum kasih semawangi dulu
Yang ada hanya rasa pilu
Untuk yang kesekian kalinya

Tinggalkan aku demi bahagiamu
Itu adalah pintaku
Lupakan aku demi senyummu
Itu adalah mahuku

Terakhir kali ini
Aku menyebut namamu
Terima kasih kerana pernah hadir
Aku bahagia untuk dulu dan selamanya

Jangan pernah menyerah sebelum mara
Jangan pernah menangis jika tiada terhiris
Dan untuk terakhir kali
Aku siapkan kata
Jangan pernah kembali jika sudah pergi

Aku menanti tiada penghujung
Buat bayangmu yang tidak mungkin tiba
Sekian saja buat kali ini
Kali terakhir ini
Untuk kamu
Yang sudah tidak lagi aku rindu

Maafkan andai pernah menyakiti
Halalkan segala apa hingga ku mati
Aku doakan kamu bahagia
Di sisi dia
Buat selamanya.

Sincerely,
Aisyahmahirahmustafa

Friday, 31 March 2017

Sepi

Waktu terus beredar
memisahkan antara aku dan kamu
terus terasing, sunyi tiada berita.

Ku biarkan mentari tenggelam tanpa cahaya
Oleh kerana basahnya sang hujan yang turun tanpa diduga
Membiarkan aku terus menunggu di situ.

Dua jiwa yang terseksa
Satu jiwa itu kepunyaanku
Satu lagi kepunyaan siapa?
Tiada jawapan
Hanya bunyi cengkerik dimalam hari
menyedarkanku
Bahawa aku hanya sendiri
Ditemani bayang-bayangku yang sepi.

Sunday, 26 March 2017

It happened again.

It happened again
That days was today
Same date but different month
I cant see you even your shadow.

It happened again
When only i can hear is your whisper
Slowly whisper through the night wind
That only i can feel through my heart.

It happened again
When i realize you are not mine
And im not yours
Silly me. Right ?

It happened again
When i cant touch you
Cant hold your hand while making promises
Cant leaning on your shoulder while i fall asleep.

Eveything can happen again
Its called destiny at first
And its your choice when it happend twice
Trust your heart, dear.

Good luck for today.
Do your very best.
All i can do is wishing you a good day from here.
Sooner or later i am pretty sure you will read this.
Fighting !!!

Sincerely,
Cakmir.

Thursday, 19 January 2017

Dear mum

Dear mum,
Now i know that living a life is hard
Appreciate is an important things
Loving with sincere heart
Speak true even its hard
More listen than speak
Earning money need a lot of effort
Must give 100% in whatever we do
Finding a good-sincere- heart friend is also hard
Nothing is easy for surviving life
We must live our life
Family is everything
Be quiet doesnt mean we are wrong
Lot of bullshit outside
Arrange our finance is a good thing
Saving a money for something impirtant
Relationship with our own siblings is very important

Dear mum,
Im adult enough this year
Soon will be my birthday
Thank God bcs giving me such an amazing mum like you
Teach me bout these and that
Whats right or wrong
Give me path for being good in our religion
Give me an education
Give me your endless love
Be my first teacher
Taking care of me everytime i fall sick
Be my advisor in every kind of my silly problems

Dear mum,
This post i dedicate for you
Even you'll never read this
May Allah always take a look at you for me
Bcs i know we always far apart
May Allah always keep you healthy
Stay pretty
Stay beautiful
Versatile
Smart
Gold
Keep your tawaddu' and istiqamah in every little thing you do
Im the lukiest person in the world for hving you as my heaven

Dear mum,
Yesterday i was searching a part timer job
Its really tough day in 2017
Its so hard for finding a job
Im very thankful bcs you give an education since i was kid
Just imagine an uneducation people who's struggling a job for living their life
I cant imagine if i was in their shoes

Dear mum,
Now i know the definition of life
A big thanks to you and bapak bcs raised me up in a good perfect way
No word can describe how thankful i am for having both of you
May Allah save two places in His heaven for you two
I love our family so much !

Dear mum,
Wait for my success day
The day i become an aircraft engineer
See your happy tears running down you and bapak face was my dream
The day i make you proud
The day i can give you money and take you for travel
The day all of our fmly can perform hajj together
I cant wait untill that day comes

Dear mum,
You are now at japan
And im very proud of you
May Allah always blessing you
I already miss you from here
Not just me, bapak and kakak also
Cant wait untill you come home

Last word,
I love you mum deeply !!!

Love,
Aisyahmahirahmustafa
a.k.a
Your lovely daughter

Wednesday, 18 January 2017

Friend of yours

Kadang-kadang kan, terasa aku ni tersangatlah teruk tiap kali buat member-member aku terasa ngn aku ..
Selalunya memendam adalah pilihan setiap hati dalam setiap diri manusia .. biasanya mcm tu lah kan .. but not her ..
You always tell me straight to the point if there's somthg inside your mind that make you feel uneasy or uncomfortable with me .. this is one of the reason why i called you ohana .. i found a sincere-good-friend since you are my bestfriend ..
Aku tau aku banyak buat kau terasa weyh, im so sorry .. mungkin aku terlampau emosi but i've tried my best for be the best as your bestfriend ..
Im sorry for all mistakes tht i've done .. sedar atau tak ..
I hope that you will end up read this but that's impossible .. aku taknak kau tahu kewujudan blog ni .. this is the last place utk aku cakap apa yg aku nak cakap tanpa ada persoalan drpd sesiapa ..
Im tired with the world .. which mean people tht live in the world .. aigoooooo chincah ???

Pepehal, aku sayang kau beb !  100% kannn ???

Love,
Cakmir ..

Friday, 13 January 2017

OHANA

 
DEAR OHANA
 
 
Nuruljannah.
Satu nama yang sangat familiar dalam kehidupan aku..
She is my sissy soul
my soulmate
my friend
my other half
my adviser
my teacher
my housemate
my classmate
my beloved bestfriend
and for sure ..
MY OHANA
 
Ada orang cakap susah nak cari seseorang yg btol2 dpt faham perangai kita ..
and yup.. I admit it ..
but now, I can prove it wrong since I've found this young beautiful lady ..
 
 
Just like a simple cliché story of friendship ..
mula-mula kenal rse mmg tak ngam langsung ..
awal-awal kenal dulu takde la tak suka langsung but I think she will never be my bestfriend ..
but im totally wronged since third semester when jannah and me become closer ..
a lot of things tht we shared ..
a lot of things that we hv done ..
she will be right beside me either im smile or tears at my face ..
she will be there ..
 
To Ohana :
Aku tahu dalam persahabatan bukan setiap detik kita gembira .. akan ada waktu dan ketika kita jatuh dan itu tak bermakna kita tak boleh bangun semula .
Aku tahu ..apa yang aku nak cakapkan ni mostly kau dah dapat agak tapi I will say it anyway ..
aku berkawan dengan kau lillahi taala ..I've say bout this before right ??
I love you my bestfriend and I know that you love me too ..
im really grateful for hving you as part of my life .. im just terrible to say it infront of you ..
macam-macam benda kita kongsikan
I hope that you'll never forget every memories that we hv shared together ..
Sekarang ni kita dah sem4 ..
aku mesti siapkan diri ..
untuk apa ?
aku kne prepare awal2 kalau nnti kita tak sama tmpt mse ojt nnty ..
wht im gonna do without sissy soul like you ??
its hard babe ..
and until nowadays im scared if that day will happen ..
but don't worry ohana ,,
I'll be fine and im very sure that you will be more than okay even without me ..
you gonna hv new friends ..
new life ..
for me, I will happy if my ohana happy ..
I keep remind myself for make sure my own happiness life  first before others ..
but you must know that you are part of my life ..
how can I will be happy if you are not ?
right ??
and another thing i wanna say is ..
i'll be there for you ..
always stand by you ..
you are my ohana ,
ohana means family that really bonded and nobody will gets left behind or forgotten ..
remember that ..okay ?
 
but ..
 
Babe,
One day I will gone ..
and we don't know who will go first ..
 
if I die,
the time will fly but the memories will stay,
there's no other the wind blow,
no one to hold your hand,
whisper to your ears,
walking together,
make anything insane.
All you have just my shadow ..
talking to you in thousand silent ways ..
 
My bestfriend,
I know that im not such a good friend for ya
but I tried my best for always make you happy ..
sometimes I make you annoyed but i be myself when im with you ..
 
Dear my jannah,
if the time has comes, i don't want you to cry ..
if tomorrow is the only day that we have, i want you to know that you are my 'anugerah terindah' ..
if we can arrange our own time to go, i will go peacefully when we already success like what we have
 dreams ..
 
If I die,
i want you to have my guitar ..
take it and play it like yours ..
Just remember our moment when i teach you basic chords ..
until now you can play it well even not very well ..
 
When we are far,
i will miss you..
hidup aku akan kosong tanpa bebelan dari kau ..
like seriously ..
its a lot to say ..
but alphabets is never enough ..
i pray to ALLAH for taking care of you,
give you HIS blessing
and makes you a good servant from now and here after ..
no words can describes how much i appreciate you ..
saranghaeyo chingguya ..
 
much love,
cakmir ..
 
sissy soul

 

 

 

 
 
 


Wednesday, 11 January 2017

How times flies

HAPPY NEW YEAR 2017 !!!
 
 
It has been a long time for me being an aviator.
Living in this field is quite difficult things that ever happen in my life babe ..
everything had changed ..
lover become stranger
stranger become friend
and
friend become unfriended ..
 
Nothing much to say ..
selalu nak update blog pasal perkembangan semasa tapi tak terdaya dek kerana kekangan masa.
Alaaa , lagipun siapa jer nak tahu perkembangan aku en ??? hiks
blog aku ni pun dh berhabuk siot .. skrg bru nak lap ni haa ..
sorry baby .. nnty I update slalu kayyy ??
 
okay laa ..
see you in next post ..
 
love,
cakmir ..
 



Unconditionally

I thought that it will never be a rainbow after a heavy rain. I thought it will rain forever. I thought my life life will full of s...