Semoga hari esok lebih cerah bahagia gembira
Senyum lebar terukir indah
Ketawa berderai berdekah
Hilangnya sunyi bertambah ketawa.
Katanya dia aku berhak gembira
Katanya dia lagi aku ini baik orangnya
Cuma terkadang bodoh alpa
Degil seperti keras batu dalam kepala.
Ku katakan padanya aku bersyukur
Diberi dia yang setia ada di sini
Bersamaku di waktu sunyi tiada hilai tawa
Bersamaku di waktu tiada beza hujan dan air mata.
Ku mahu katakan aku menyayangimu
Ku mahu katakan teruslah di sini bersamaku
Kerana aku tiada utuh berdiri sendiri
Tanpa senyummu yang mewarnai hariku.
Love,
Aisyah.
No comments:
Post a Comment